Apa itu serangan Iskemia Sementara (TIA)? TIA terjadi apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri. Ia menghalang pengaliran darah dan menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah untuk sampai ke otak.

Satu tanda penting ancaman strok adalah serangan Iskemia Sementara (TIA) juga dikenali sebagai strok mini.Ia berlaku kerana bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi tidak seperti strok yang serius. Ia muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya. TIA adalah petunjuk yang bahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada pakar perubatan secepat mungkin. – UTUSAN ONLINE

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/video/tia-tanda-penting-ancaman-strok-1.465244#ixzz4dMwqa9nJ
© Utusan Melayu (M) Bhd